KUALA LUMPUR – Usahawan dan pengacara Neelofa meluahkan rasa sedih terhadap nasib hampir 400 bakal jemaah haji yang terkandas di KLIA malam kelmarin.
Luahan tersebut dibuat oleh Neelofa menerusi satu perkongsian di akaun Facebook miliknya.
“Sedih mendengar perkhabaran hampir 400 jemaah haji yang terkandas di KLIA.
“Semoga urusan mereka dipermudahkan dan mereka terus kuat semangat. Harapnya ada rezeki mereka semua dijemput di tahun akan datang,” tulisnya.
Semalam media melaporkan hampir 400 jemaah haji terkandas KLIA dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji. – MalaysiaGazette