Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan apa sudah jadi dengan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Ini kerana, pasukan yang diumumkan oleh kerajaan akhir bulan lalu masih belum mengeluarkan apa-apa rangka kerja berkenaan inflasi di Malaysia.

”Rancangan untuk keluar dari krisis inflasi ini – lagilah tak ada. Apa dah jadi?,” soal Ahli Parlimen Muar itu.

Malah, katanya, sampai hari ini beliau tak faham mengapa pasukan yang mahu membendung harga barang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Syed Saddiq juga berkata, beliau tidak ada jawapan mengapa kerajaan perlu menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sedangkan sudah ada empat jawatankuasa berkaitan harga barang dan kos sara hidup.

Empat jawatankuasa itu ialah Majlis Tindakan Kos Sara Negara, Majlis Tindakan Pengguna Negara, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Majlis Pemulihan Negara.

“Apa jadi dengan yang lain dan mana laporan mereka?,” tanya beliau lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast