KUALA LUMPUR – PKR Cabang Hulu Selangor hari ini telah membuat lebih 40 laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Razak yang didakwa bersikap cuai ketika masih menjawat jawatan Perdana Menteri sehingga menyebabkan waris Kesultanan Sulu membuat tuntutan berjumlah RM67.5 bilion terhadap kerajaan Malaysia.
Laporan itu yang diketuai oleh Ketua Cabang PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan dengan beramai-ramai hadir ke Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor hari ini.
Kata Dr Sathia, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, beliau bersama yang lain membuat laporan polis dan berharap pihak berkuasa melakukan siasatan.
Menurutnya, laporannya menyebut waris Kesultanan Sulu membuat tuntutan itu berikutan keputusan pentadbiran bekas Perdana Menteri itu menghentikan bayaran tahunan kepada waris tersebut pada 2013 sedangkan bayaran itu perlu dibayar setiap tahun seperti termaktub dalam perjanjian berkaitan.
Jelasnya, seandainya Najib tidak cuai menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri keenam, beliau seharusnya memastikan semua langkah diambil untuk menghalang tindakan undang-undang selepas bayaran itu dihentikan.
“Keputusan Najib itu mencetuskan tindak balas Kesultanan Sulu dengan memulakan tindakan saman terhadap kerajaan Malaysia dengan notis mengenainya telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017.Sebagai orang nombor satu negara ketika itu, Najib dilihat tidak tidak serius dengan notis tindakan saman diambil oleh waris Sulu,”katanya.
Ketua Cabang Hulu Selangor, Dr Sathia Prakash Nadarajan dan Timbalannya, Shaifuddin Safi serta AMK membuat laporan terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Kata Dr Sathia lagi, isu ini juga mendapat perhatian pihaknya ketika rakyat sedang bergelut pasca Covid-19 dengan pelbagai subsidi ditarik balik, duit rakyat digunakan pula untuk membayar hutang negara berikutan kesilapan segelintir pemimpin negara.
Selain Cabang Hulu Selangor, di fahamkan kebanyakan Cabang PKR seluruh negara mula membuat laporan polis bermula dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada hari ini.
Rafizi sebelum ini telah menyeru semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Najib dengan dakwaan kecuaian sehingga membawa tuntutan waris Kesultanan Sulu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Saya akan buat hantaran panjang bagi Rafizi dan ahli PKR sangkal – Najib
Tindakan populis paling bodoh…patutlah rakyat satu negara tolak korang…pada zaman Najib belum bermula pum sebarang ttindakan mahkamah bodoh…patut ko buat laporan surat Tommy Thomas..polis tu dibayar gaji utk perkara yg lebih penting mcm mencegah jenayah..bukan layan laporan bodon korang ni