Mohd Nizar Zakaria

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang baharu, berkuatkuasa 15 Julai lepas.

SPNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lantikan Mohd Nizar itu adalah bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha yang telah memegang jawatan itu sejak 2 April, tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Mohd Nizar memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol di Sumatera Barat, Indonesia.

Selain memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen, Mohd Nizar juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, serta Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit.

“Kami mengalu-alukan pelantikan pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat untuk SPNB terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan,” demikian menurut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast