pengundi wang
Azam Baki

PUTRAJAYA – Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang diamalkan peringkat antarabangsa bagi mengukur tahap amalan rasuah sesebuah negara tidak tepat.

Ia juga tidak mencerminkan fakta dan realiti.

Justeru Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan United Nation in Drugs and Crime (UNDOC) untuk mengubah indeks tersebut daripada tinjauan berasaskan persepsi kepada kajian berasaskan bukti.

UNDOC, katanya, menggunakan kaedah untuk melihat persepsi dan sikap penjawat awam terhadap persekitaran kerja serta pengnalama dan penglibatan mereka dalam jenayah dan rasuah.

Menurut Azam, SPRM giat meneliti bagi melaksanakan kaedah tersebut yang bukan sahaja boleh memperoleh data persepsi tetapi dapat mengumpul pengalaman dan insiden rasuah dalam masyarakat umum.

“SRPM berharap dapat berkolaborasi dengan UNODC mengenai perkara ini bukan sahaja dengan memberi tumpuan kepada penjawat awam, tetapi tinjauan itu juga akan merangkumi sekstor swasta dan masyarakat umum.

“Objektif tinjauan tersebut bukanlah hanya untuk mempamerkan kedudukan negara berbanding dengan negara lain.

“Tinjauan rasuah yang holistik dan komprehensif dapat membantu dalam merumus dan membangunkan langkah-langkah yang lebih tepat dan mantap untuk memerangi rasuah. Ini merupakan halatuju yang ingin kami utamakan,” katanya dalam Program Executive Talk Media Elektronik dan Portal Bersama SPRM di sini hari ini.

Azam Baki ketika berucap pada Program Executive Talk Media Elektronik dan Portal Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Menurut Azam, SPRM sejak kebelakangan ini telah menyiasat dan menangkap sebilangan ahli politik berprofil tinggi daripada kerajaan dan pembangkang.

Pasukannya juga berusaha menumpaskan kartel dan sindiket dalam semua sektor.

‘Sesungguhnya rasuah adalah satu perkara yang kompeks dan melibatkan pelbagai dimensi. Ia tidak boleh dirangkap atau dinyatakan dalam satu skor pemarkahan.

“Itu sebabnya, kita perlu beralih daripada tinjauan berasaskan persepsi kepada jadian berasakan bukti. Ini telah diakui sendiri oleh UNODC yang mempunyai tinjauan sendiri,” kata Azam.

Tahun lalu .CPI meletakkan Malaysia berada dalam kedudukan ke-62 Indeks Persepsi Rasuah.

Kajian itu berdasarkan tinjauan yang dibuat beberapa organisasi berasaskan persepsi termasuk pelabur asing terhadap sektor awam.

“Ia tidak mengukur tahap rasuah sebenar tetapi berasaskan persepsi sahaja. CPI sentiasa digunakan sebagai petunjuk betapa teruknya situasi rasuah di Malaysia.

“Malah rasuah di negara ini dilihat jauh lebih teruk berbanding negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia atau Vietnam. Baru-baru ini ditularkan berita palsu berkaitan satu tinjauan yang menunjukkan kadar rasuah kita terburuk di dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Azam berkata, CPI dari satu sudut telah membantu SPRM mengekalkan momentum usaha memerangi rasuah dalam agenda kerajaan dan persepsi negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast