UMT diwakili oleh Naib Canselor UMT, Dr. Mazlan Abd Ghaffar (tengah) manakala Yayasan KRU dan KRU Entertainment diwakili oleh Datuk Norman Abdul Halim (kiri) dan Zarina A. Rahman.

KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan KRU dan KRU Entertainment dalam usaha memperkasakan bidang keusahawanan dan industri kreatif. MOU ini juga merupakan usaha kedua-dua pihak bagi menyokong keterlibatan industri dengan ahli akademik.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Mazlan Bin Abd Ghaffar berkata, kolaborasi ini diterajui oleh Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri, UMT untuk berganding bahu bersama industri melalui program-program yang akan dijalankan secara bersama antara kedua belah pihak terutamanya dalam bidang keusahawanan digital dan industri kreatif.

Beliau berkata, pelbagai peluang kerjasama dari pelbagai latar belakang industri kreatif dilihat boleh dijalankan secara bersama KRU seperti penerbitan buku dalam bentuk eBook dan audio book dan iLike – eCommerce platform keusahawanan untuk mempamerkan produk hasil inovasi pelajar dan staf seperti di platform Shopee, Lazada, dan seumpamanya.

Tambahnya jalinan kerjasama strategik MOU antara UMT – KRU Entertainment dan Yayasan KRU ini akan dapat diperkasakan demi meningkatkan kemahiran bakat mahasiswa dan graduan UMT menerusi pelbagai program latihan ‘up-skilling’ dan ‘re-skilling’ keusahawanan digital.

”Kerjasama ini juga akan diteruskan dalam pembangunan bakat yang melibatkan ahli akademik, staf Pengurusan dan Profesional serta sokongan UMT melalui sangkutan industri serta program latihan dalam bidang seni kreatif,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast