KUALA LUMPUR – ”Bagaimana Tun? Boleh saya mula gelar kamu sebagai penyamun, perompak atau pencuri tak?” tanya Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Pekan itu membuat sindirian selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi antara salah seorang penerima dana daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd (UKSB) selepas menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Saksi ke-17, David Tan Siong Sun mendakwa, Dr. Mahathir menerima dana sebanyak RM2.6 juta secara tidak langsung daripada anak saudaranya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar tanpa menyebut tarikh pemberian wang itu.
Secara sinis, Najib berkata, wang yang diberikan kepada Dr. Mahathir berjumlah RM2.6 juta – bukan dana dikatakan RM2.6 bilion yang pernah masuk akaunnya sebelum PRU-13.
Namun, katanya, dana RM2.6 bilion itu telah dikembalikan empat bulan kemudian.
”Sebab itu saya didakwa bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) sembilan kali kerana menerima dan didakwa enam caj (pertuduhan) lagi kerana memulangkan dana tersebut kepada penghantar.
“Sebab itu, saya tidak didakwa merompak, menyamun atau mencuri atau menggunakan dana disebut RM2.6b itu tapi didakwa bawah AMLA,” tegas Najib.
Meskipun begitu, Najib berkata, tiada seorang pun pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pernah mengeluarkan kenyataan mengaku dana RM2.6 bilion itu sudah dikembalikan sebab mahu mengekalkan persespsi bahawa
beliau sudah mencuri dana tersebut untuk membeli cincin, beg tangan dan sebagainya atau disorok.
”Bagaimana pula dengan Mahathir? Dia ada pulangkan dana RM2.6 juta itu tak? ‘Sekiranya tidak dikembalikan, dana itu sudah digunakan di mana? Untuk CSR juga tak?” tanya Najib lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tu baru jd PM 22 bulan…masa jd PM 22 tahun entah berapa billion agaknya Tun Mahathir kaut…hmmm