Kerajaan menyalurkan RM10 juta kepada FELCRA Berhad bagi meningkatkan usahawan luar bandar yang terdiri dalam kalangan pesertanya agar tidak bergantung kepada keuntungan hasil komoditi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian dalam usaha Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi menjayakan lima objektif utama kementeriannya.