Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Shah Alam terpaksa menangguhkan prosiding bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan tuduhan menerima rasuah dari syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) hari ini.

Ini kerana saksi pendakwaan yang terakhir kes berprofil tinggi itu didapati positif Covid-19 dan perlu dikuarantinkan.

Pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran pihaknya hanya mendapat tahu saksi ke-18 itu tidak dapat hadir lewat malam semalam.

Beliau yang memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Yazid Mustafa kemudian membuat penangguhan sehingga Jumaat ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berdepan tujuh pertuduhan didakwa menerima sejumlah wang tunai S$1,150,000; RM3 juta, 15,500 Swiss Franc dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.

Ahmad Zahid juga didakwa dalam 33 pertuduhan lain bernilai S$13.56 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa wang tersebut daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya melanjutkan kontrak pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Ahmad Zahid juga didakwa telah menerima rasuah itu untuk mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN. – MalaysiaGazette