Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media semasa hadir ke Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak dalam insentif Peranti Siswa akan menerima peranti berjenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE mulai bulan ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jenama dan model itu yang ditawarkan oleh syarikat Samsung boleh menyokong pengguna kad sim rangkaian 4G dan LTE.

“Itu (Samsung Galaxy Tab A8 LTE) adalah peranti terkini. Pembekalan peranti itu akan dilakukan oleh lima syarikat terpilih melalui tender terbuka mengikut zon merangkumi Sabah dan Sarawak, utara, tengah dan selatan Semenanjung.

“Pembekal boleh membekal sehingga 400,000 tablet dengan perolehan fasa pertama membabitkan 300,000 unit, sementara tambahan 50,000 unit boleh dilanjutkan tanpa perolehan baharu,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Pengagihan Peranti Siswa di bawah Fasa 1 dijangka akan bermula pada penghujung Ogos 2022 atau pada September 2022,

Manakala pengagihan peranti di bawah Fasa 2 pula dijangkakan dapat dibuat pada Oktober atau November 2022 memandangkan permohonan Fasa 2 sedang dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

Penerima Peranti Siswa bagi Fasa 1 terdiri daripada mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM4,850 ke bawah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast