heavy downpour thunderstorm continous heavy rain MetMalaysia weather forecast
Penunggang motosikal berteduh di bawah jejantas daripada cuaca hujan lebat yang turun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 11 malam, 5 Ogos lepas bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penamatan itu susulan keadaan cuaca di Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka bertambah baik.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi MetMalaysia serta boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia ditalian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.  BERNAMA