Kapal kedua mengangkut bijirin dari Ukraine tiba di Selat Bosphorus di Istanbul, Turkiye. Foto Xinhua

ISTANBUL – Kapal kedua yang mengangkut bijirin dari Ukraine tiba di pantai Istanbul, menurut Kementerian Pertahanan Turki.

Navistar yang menggunakan bendera Panama, belayar dari pelabuhan Ukraine Odesa ke Ireland dengan 33,000 tan jagung, tiba di Istanbul pada kira-kira jam 2 petang waktu tempatan (1100 GMT).

Kapal Rojen menggunakan bendera Malta dan kapal Polarnet berbendera Turki, kedua-duanya belayar dari pelabuhan Chornomorsk dan masing-masing menuju ke Britain dan Turkiye, tiba kemudian.

Menurut kementerian itu, pemeriksaan ke atas Navistar telah disempurnakan oleh jawatankuasa bersama pakar manakala dua lagi kapal akan diperiksa kemudian.

Kapal-kapal itu diperiksa untuk memastikan integriti kargo sebelum ia boleh bergerak.

Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar mengadakan perbincangan pada hari Sabtu dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Oleksii Reznikov dan Menteri Infrastruktur Ukraine, Oleksandr Kubrakov melalui telefon mengenai situasi terkini penghantaran bijirin.

Kenyataan Kementerian Pertahanan Turki berpuas hati dengan proses penghantaran bijirin yang semakin pantas dan tahap kerjasama dan penyelarasan yang dicapai oleh Pusat Penyelarasan Bersama.

Kapal Rozani yang sarat dengan bijirin melalui Selat Bosphorus Istanbul pada 3 Ogos lalu, menandakan eksport besar pertama bijirin Ukraine yang baharu dituai ke pasaran antarabangsa selepas Turkiye, Rusia, dan Ukraine menandatangani perjanjian penting yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 22 Julai.

Ukraine masih mempunyai kira-kira 20 juta tan bijirin dalam simpanan menunggu penghantaran, menurut agensi Anadolu yang dikendalikan kerajaan Turki. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast