Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat antara jentera yang digunakan untuk aktiviti perladangan pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2022.

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) turut mengetengahkan teknologi penanaman dan peralatan pertanian terkini.

Untuk itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut mengambil bahagian bagi memberikan lebih pendedahan kepada para pengunjung pameran mengenai inovasi pertanian negara.

Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat antara jentera yang digunakan untuk aktiviti perladangan pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2022.

“LPP ada Laman Mekanisasi yang kita pamerkan semua jentera besar dan kecil, teknologi dan inovasi serta kejenteraan yang digunakan untuk pengeluaran makanan.

“Kita harap semua pengunjung datang dan berkunjung di pavilion HPPNK dan pavilion negeri dan juga laman-laman lain yang disediakan,” kata Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Azulita Salim bergambar dihadapan laman pameran LPP sempena pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 OGOS 2022.

Sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), LPP telah membawa 40 pempamer daripada pelbagai sektor, jabatan dan agensi bagi memperkenalkan produk dan peralatan pertanian masing-masing.

Mempunyai lima segmen utama, Laman Mekanisasi turut membawakan pameran jentera, peralatan pertanian, teknologi pertanian, internet of things (IOT) dan produk industri asas tani.

Azulita Salim.

“Kita juga ada beberapa program sampingan antaranya ahli peladang dan beberapa kejayaan melalui simbiosis kehidupan.

“Dari hari pertama sampai hari ini, memang penuh dengan pengunjung sebab mereka hadir dan menunggu-nunggu MAHA.

“Mereka teruja dan bersemangat untuk datang ke MAHA2022 walaupun adakalanya hujan dan cuaca panas,” kata Azulita lagi. – MalaysiaGazette