JOHOR BAHRU- Tengku Mahkota Johor ( TMJ) Tunku Ismail Ibrahim mengingatkan penyokong Perak FC agar tidak perlu takut dengan polis dan ‘Inter Johor Firms‘ (IJF).
Namun dengan sinis Tunku Ismail menasihatkan penyokong Perak FC berhati-hati dengan “benda lain”.
“Di Johor ini jangan takut polis, jangan peduli dengan IJF, tapi jaga-jaga dengan benda lain yang tak nampak.” jelas Tunku Ismail menerusi perkongsiannya di layar instagram miliknya.
Kata-kata sinis itu dipercayai ditujukan kepada pemilk Facebook Munawar Si Puntun Umar yang dikatakan ingin hadir ke Stadium Pasir Gudang, Johor pada malam ini untuk memberi sokongan kepada pasukan Perak FC malam ini.
Dalam hantarannya, pemilik akauan itu berkata: “We are on top mates. Pedulikan apa orang nak kata, yang penting keselamatan penyokong Perak terjamin di tempat lawan terjamin walaupun kami terpaksa tumpah darah dan keringat,” menurut posting itu.
Hantaran yang sama turut menggunakan hashtag “nex Pasir Gudang berdengung selain IJF who care”.
Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memuat naik gambar kad pengenalan atau MyKad yang dikaburkan dipercayai milik sekurang-kurangnya sembilan individu dipercayai terlibat dalam beberapa siri keganasan bola sepak di Malaysia.
Perkongsian itu juga menerima pelbagai respons daripada natizen yang menyifatkan pendedahan tersebut harus dilakukan agar tiada individu yang berani melakukan provokasi dan tiada kejadian keganasan berulang lagi.
“Itu dia jangan bagi lepas orang-orang macam ini, tangkap sahaja dan bawa hadap ke muka pengadilan,” kata Aiman Haziq.
“Sepatutnya Liga Malaysia wajibkan tunjuk kad pengenalan sebelum beli tiket, supaya senang sikit nak banned individu “away” atau “home” dari datang stadium,” ujar Ahmad Fazli.
“Bagus TMJ, buat kerja siap post gambar IC lagi,” tulis Alif Fidaiy.
“Tindakan terpuji dari TMJ, tak cakap banyak terus tunjuk IC muka-muka yang pernah buat hal dekat Johor, gertak sikit diorang itu jangan selalu fikir nak buat provokasi sahaja,” luah Mhd Fahmi.
Sebelum ini perlawanan melibatkan pasukan Kelantan dan Perak di Kota Bharu, Kelantan telah dicemari insiden pergaduhan, yang mana terdapat beberapa provokasi dilakukan sesetengah peminat sehingga menimbulkan kemarahan penyokong tuan rumah. -MalaysiaGazette