Norizam Tukiman.

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan (TRW Kelantan FC), Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham merancang untuk membina sebuah akademi bola sepak bertaraf antarabangsa di negeri itu.

Menerusi hantaran di laman facebooknya, Zamsaham berkata, beliau berhasrat melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti di masa depan di mana para pemain peringkat akar umbi diajar bermain bola sepak dengan betul.

“Insya-Allah saya serius untuk membina TRW International Football Academy. Main bola sekurang-kurangnya lima hari seminggu. Belajar dan asah kemahiran teknikal.

“Belajar advanced gameplay dan taktikal. Penerapan etika bola sepak profesional dan latihan kecergasan daripada jurulatih profesional,” tulisnya.

Zamsaham menambah, pemain daripada akademi tersebut juga berpeluang diserapkan dalam pasukan TRW Kelantan atau kelab dari Indonesia, PSPS Riau.

“Dari akademi Insya-Allah saya akan pindahkan pemain akademi ke Kelab TRW Kelantan FC atau PSPS Riau FC atau ke sebuah kelab di Portugal atau mana-mana yang sesuai. Doakan misi TRW International Football Academy ini menjadi kenyataan,” ujarnya.

Untuk mencapai misi tersebut, Zamsaham juga memberitahu juga sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan sebagai pengetua akademi tersebut dan kewujudannya bakal disaksikan mulai musim depan.

“Saya nak cari calon sesuai untuk jadi pengetua Akademi TRW Kelantan FC. Insya-Allah musim 2023-2024 kita akan ada akademi sendiri,” jelasnya.

Pada Rabu, Perak FC meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan di laman sendiri apabila meraih kemenangan 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

Namun malam tadi, Kelantan mengalahkan PDRM FC 2-1 untuk kekal di puncak liga  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast