KUALA LUMPUR – Isu kemunculan tetamu berpakaian seksi semasa Minggu Fesyen Kedah baru-baru ini dilihat mencemar imej kerajaan negeri.
Ketua Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kerajaan negeri satu garis panduan baharu penganjuran program berbentuk hiburan.
“Sebab ‘Kerajaan Kedah Sejahtera’ ini diibaratkan kerajaan ‘Serambi Mekah Kedua’ selepas Kelantan sudah tentunya apa yang berlaku sedikit sebanyak menganggu imej yang cuba diwujudkan,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Shaiful Hazizy, kerajaan negeri diminta membuat penjelasan namun sehingga kini hanya dalih yang diberikan bukan sahaja bercanggah tetapi juga tidak menjawab isu.
“Malah ia menimbulkan pula lebih banyak persoalan. Adakah kita pasti pihak penganjur tidak dapat kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan tempatan? Pihak majlis atau pun kerajaan tempatan di bawah seliaan siapa?
“Saya yakin pihak penganjur tidak akan teruskan sekiranya tidak mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan?” soalnya.
Menurut beliau, isu itu menjadi panas apabila muncul seorang lelaki mahu jadi perempuan muncul dengan keadaan topless tapi baginya isu yang lebih besar, adakah kerajaan negeri ini okay dengan penganjuran pertunjukan fesyen yang membabtkan elemen dedah aurat dan pendirian dan prinsip itu kurang jelas.
“Rakyat Kedah yang kurang selesa dengan isu ini perlu mendapat penjelasan mengenai apa yang berlaku dan apa tindakan untuk mencegah kekhilafan ini pada masa akan datang?” soalnya.
Menurut beliau, jangan tunjuk kita ini lebih baik daripada orang lain dengan hanya umum mengharamkan judi namun hakikatnya kedai-kedai judi dan mesin slot masih banyak dan terus beroperasi.
“Kerajaan negeri kena cakap serupa bikin, mentadbir negeri bukan hanya sekadar pengumuman haramkan itu dan ini, hasil ratusan juta atau pelaburan yang belum tentu nilai berbillion-billion.
“Kerajaan negeri perlu jujur dengan bercakap benar, umum fakta sebetulnya, cakap serupa bikin dan kekal berprinsip oleh yang demikian kerajaan negeri perlu tampil dan dedahkan, selepas pengumuman mengharamkan judi, berapa buah premis judi yang telah ditutup dan berapa lagi yang masih beroperasi?” soalnya.
Jujurnya, kata Shaiful Hazizy, rakyat Kedah perlu diberi penjelasan yang sewajarnya.- MalaysiaGazette