Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan bagi menghadiri prosiding kes rayuan akhirnya berkaitan sabitan dan hukuman penjara penyewelengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 16 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak bukti-bukti baharu dalam kes melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai mengecewakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau setuju dengan pandangan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa ‘keadilan tertangguh akan menafikan keadilan’.

Namun katanya, terdapat kata-kata yang turut menyebut ‘keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dihancurkan’.

Justeru beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap persepsi buruk rakyat terhadap sistem keadilan negara.

“Betul Ketua Hakim Negara Tengku Maimun mengatakan “Justice delayed is justice denied“. Tetapi di sana ada juga legal maxim yang menyebut, “justice rushed is justice crushed”.

“Saya sebenarnya merasa amat bimbang dengan persepsi rakyat terhadap institusi keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya menghormati hak mahkamah  tetapi keputusan untuk menolak peguam tertuduh mengemukakan bukti hanya atas sebab teknikal akan dilihat sebagai merencatkan hak orang yang didakwa.

Beliau menegaskan, barisan peguam Najib seharusnya diberikan ruang untuk mengemukakan bukti-bukti baharu.

“Tidakkah mahkamah mahu tahu apakah bukti itu? Tidakkah kita semua juga mahu tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku?

“Dan pada akhirnya jika bukti-bukti ini mahu ditolak juga, maka tolaklah atas sebab kelemahan bukti ini sendiri. Bukannya atas sebab teknikal yang sebenarnya boleh ditimbang atas budi bicara.

“Islam meletakkan keadilan pada tempat yang tertinggi. Baik kepada hak mangsa atau hak tertuduh itu sendiri. Setiap orang diberikan hak seluas-luasnya untuk membela diri,” kata Asyraf Wajdi.

Tambah beliau, Najib ketika menjadi Perdana Menteri tidak pernah mengganggu sebarang proses mahkamah kerana menghormati prinsip keadilan.

Ini termasuk kes yang melibatkan musuh politik Najib iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantu peribadinya.

“Walaupun kes itu berjalan hampir tujuh tahun dan ditangguh lebih 70 kali. UMNO percaya itu adalah hak tertuduh untuk mendapatkan masa dan ruang bagi membela diri dengan sebaiknya,” kata Asyraf Wajdi.

Justeru Asyraf Wajdi menegaskan, persepsi buruk rakyat terhadap sistem kehakiman seperti dekad 80an dan 90an tidak sepatutnya berulang.

“Saya percaya akan ada hikmah yang Allah akan datangkan. Buat Datuk Seri Najib, sekiranya ini adalah ujian maka percayalah Dia tidak pernah menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan mereka.

“Apa juga yang berlaku, rakyat pasti tidak akan lupa siapa yang telah membawa negara ini ke satu aras yang tidak pernah tercapai sebelumnya.

“Kami tidak akan lupa! Saya tidak mungkin lupa! #KepadaAllahKitaBerserah #BangkitKembali,” katanya.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan Najib memasukkan bukti tambahan membabitkan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Permohonan pasukan peguam baharu Najib Razak yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan kes SRC International turut ditolak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Masa kerajaan buat highway PLUS utara selatan dahulu, consultantnya dari UK, setelah puluhan tahun lihat bagaimana kualitinya? Buat menara PNB118 juga ambil architect Australia, KLCC architect luar, buat KLIA juga consultantnya juga dari luar, US kot? Petrochemical dsb, semua projek2 mega yang komplek! Hatta nak bedah seorang pemimpin pembangkang pun mahu doktor luar, Jerman, katanya kerana pembedahan yang rumit? Tiada masalah pun!

    Tapi kenapa mahkamah takut sangat untuk menerima seorang QC, UK untuk menjadi peguambela Najib, ianya kes yang komplek! Apa masalahnya???

    Rakyat berhak untuk tahu apa alasan kukuh pihak mahkamah menolak QC tersebut?

Comments are closed.