Bung Moktar berbual dengan Ahmad Zahid. - FB Bung Moktar

KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Ketua-ketua UMNO Bahagian hari ini hanya melibatkan isu-isu semasa.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, mesyuarat yang berlangsung hari ini juga hanya melibatkan isu-isu UMNO yang lain.

“Perjumpaan dalam kalangan Ketua UMNO Bahagian dengan pempinan tertinggi parti membincang isu isu semasa dan hal-hal lain yang melibatkan UMNO,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut berkongsi foto berbual bersama-sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Turut berada dalam gambar tersebut adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mengikut maklumat jemputan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ‘pertemuan’ dengan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu berlangsung pada pukul 11 pagi tadi.

Beberapa sumber menyatakan ketika mesyuarat berhenti kira-kira pukul 2 petang tadi ada kalangan Ketua UMNO Bahagian yang berjumpa dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri di Putrajaya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast