Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Pertemuan Ketua-ketua Bahagian UMNO dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman rasmi, di sini, malam ini berlangsung lebih sejam.

Kenderaan dinaikiI smail Sabri dilihat meninggalkan Seri Perdana pada jam 9.11 malam.

Terdahulu, media melaporkan beberapa kenderaan pemimpin UMNO mula memasuki Seri Perdana antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, kira-kira jam 6 petang tadi.

Pertemuan membabitkan 73 Ketua-ketua Bahagian UMNO itu  difahamkan bermula jam 8 malam.

Terdahulu kesemua mereka mengadakan mesyuarat tergempar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pertemuan itu dipercayai membincangkan mengenai soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast