Tujuh buah pusat hiburan kelab malam diserbu di ibu negara dalam Ops bersepadu sebelum 33 orang individu melanggar syariah meminum arak memabukkan diambil tindakan tampil ke Jawi.Gambar Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 33 individu beragama Islam yang meminum arak ketika berhibur di pusat hiburan di sekitar ibu negara dicekup pihak berkuasa agama.

Tangkapan itu dibuat menerusi operasi bersepadu yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara bermula jam 10 malam Rabu lalu hingga jam 3 pagi semalam.

Menurut DBKL, operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Operasi bersepadu kali ini mensasarkan premis hiburan atau kelab malam di sekitar Jalan Imbi, Jalan Metro Pudu, Jalan Radin Bagus dan Jalan Radin Tengah.

“Menerusi serbuan dan pemeriksaan tergempar ke atas tujuh buah premis hiburan bersama pasukan agensi sahabat pihak DBKL, JAWI dan PDRM melibatkan pengunjung dan pelanggan warga negara asing dan warga negara tempatan yang berhibur di kelab malam terbabit

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas pelanggan, pihak JAWI telah berjaya melakukan tangkapan seramai 33 orang individu yang terdiri daripada 25 lelaki dan 8 wanita yang melakukan pelbagai kesalahan Syariah berkaitan minum minuman yang memabukan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam hantara di Facebook, hari ini.

Tujuh buah pusat hiburan kelab malam diserbu di ibu negara dalam Ops bersepadu sebelum 33 orang individu melanggar syariah meminum arak memabukkan diambil tindakan tampil ke Jawi.Gambar Ihsan PDRM

Menurut DBKL, agensi itu turut mengeluarkan 50 Surat Perintah Hadir (SPH) kepada individu beragama Islam untuk tampil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

Dalam serbuan sama, DBKL turut menyita tiga buah premis hiburan selain menyita peralatan di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

“Selain itu DBKL turut membuka tiga kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah Kaedah 29(2), Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan (kelab malam).

Tiga premis diarah tutup serta merta dan peralatan muzik disita dalam ops bersepadu pusat hiburan ke atas tujuh kelab malam di ibu negara semalam. Ihsan foto: DBKL

“Turut dirampas dan disita adalah 17 jenis peralatan muzik melibatkan tiga buah premis kelab malam berkenaan dan barangan sitaannya terdiri daripada monitor, DJ spinner, komputer riba, mixer, pembesar suara, alat kawalan lampu hiburan, dekoder Kamera Litar Tertutup (CCTV), Mikrofon, MIC controller dan power amplifier.

“Kesemua barangan peralatan muzik yang disita itu telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara,” ujarnya. – MalaysiaGazette