Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur membatalkan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penaung kelab itu.

Dalam sepucuk surat yang dipercayai ditujukan kepada ahli-ahli kelab berkenaan, ia berkata, pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan pada 25 Ogos lalu.

“Jawatankuasa Agung yang bermesyuarat pada 25 Ogos membatalkan status penaung yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Jun 2011 berkuat kuasa serta-merta,” demikian menurut surat kelab berkenaan kepada ahli kelabnya.

Surat berkenaan disebarkan menerusi satu kumpulan parti politik dalam aplikasi WhatsApp, hari ini.

Surat itu ditandatangani Presiden Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, Sanjeet Singh Dhillon.

Menurut surat berkenaan, tindakan itu dibuat ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur turut dinaungi dua lagi bekas Perdana Menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast