PDRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan selepas memukul  adik lelakinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) di Bandar Jempol, Negeri Sembilan pada Jumaat lalu.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada jam 4 petang Ahad lepas selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam.

Ketua Polis Dearah Jempol, Superintenden Hoo Chan Hook berkata, suspek direman hingga esok bagi membantu siasatan.

“Mangsa yang berusia 39 tahun dan fasih berbahasa Tamil mendakwa telah dipukul oleh abang kandungnya dengan menggunakan objek dan dicucuh dengan api.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera pada bahagian perut dan belakang badan mangsa yang telah disahkan doktor di Hopsital Jempol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast