Gambar Hiasan

KUANTAN – Seramai 38 “bayi merdeka” lahir di Pahang sejak jam 12 tengah malam  hingga 6 petang tadi.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus, daripada jumlah tersebut, seramai 16 bayi lelaki dan 22 bayi perempuan selamat dilahirkan secara normal dan pembedahan.

“Bayi pertama perempuan orang asli seberat 2.8 kilogram (kg) dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh tepat jam 12.01 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pula merekodkan kelahiran tertinggi sehingga jam 6 petang hari ini iaitu seramai 14 orang bayi, masing-masing tujuh lelaki dan tujuh perempuan.

Manakala HoSHAS merekodkan 13 kelahiran manakala tujuh lagi di Hospital Pekan dan dua di Hospital Lipis.

Nor Azimi menambah, masing-masing satu kelahiran direkodkan di Hospital Sultanah Hajah Kalsom dan Hospital Jerantut.- MalaysiaGazette