Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 01 SEPTEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) bersedia menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Tidak mengapalah, alhamdulillah kita terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja,” katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Sebelum ini GTA dilaporkan terbuka untuk berbincang dengan PN mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan sama ada kerjasama akan dijalinkan ‘tidak tahu lagi.

Sebelum ini Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin berkata, pemimpin pembangkang perlu mempertimbangkan cadangannya untuk mengadakan rundingan kerjasama bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan Pakatan Harapan memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan PN.-MalaysiaGazette