KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap sebagai tentera siber yang terbaik dan berintegriti.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tiada siapa dapat menandingi Facebook Najib daripada segi fakta, menjawab pembangkang dan mempertahankan parti.
Menurut beliau, Najib menjawab dengan pantas dan hujahannya tidak dapat ditandingi pembangkang.
“Facebook Najib bukti beliau istiqamah, konsisten dan teman sejati rakyat dan parti. Hantaran beliau jadi rujukan untuk mereka yang mencari fakta dan kebenaran,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.
Mohd. Puad, pihak musuh bersorak apabila Najib dipenjarakan dan keadaan itu merupakan satu kerugian kepada parti.
Bagaimanapun, katanya, roh perjuangan Najib tetap membara di mana-mana. – MalaysiaGazette