Neymar memegang jersi JDT.

KUALA LUMPUR –  Bintang terkemuka dunia, Neymar menjadikan jersi juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai koleksi terbaharunya selepas klip video bintang Paris Saint Germain (PSG) itu memegang jersi skuad Harimau Selatan.

Video itu dikongsi pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada akaun Instagram miliknya, semalam.

Menerusi akaun seorang pemain bola sepak dari Brazil, Bruno Agnello, dia menyapa Tunku Ismail sambil memaklumkan Neymar sudah pun memiliki jersi pasukan itu.

“Hai putera, apa khabar? Lihat ada seseorang dapat jersi kamu,” katanya.

Neymar kemudiannya membalas ‘terima kasih banyak’ dan disambung Agnello yang berkata, ‘jumpa kamu di Johor. Kami akan ke sana.”

Neymar juga sempat membuat isyarat ‘hubungi saya’ di penghujung klip pendek itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast