Brendan Rodgers. Foto SkySports.

LONDON – Brendan Rodgers bakal menerima pampasan lumayan sekiranya dia dipecat oleh Leicester gara-gara permulaan terburuk kelab itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut laporan DailyMail, jumlah pampasan mampu mencecah nilai £10 juta (RM51.88 juta).

Ketika ini selepas lima perlawanan, kedudukan pengurus Foxes itu berada dalam bahaya selepas pasukannya hanya mengutip satu.

Malah ia merupakan musim paling buruk dan mengecewakan buat Foxes sejak 1983.

Rodgers, 49, menandatangani perjanjian baharu pada Disember 2019 yang menjadikannya pengurus dengan bayaran tertinggi dalam sejarah kelab tersebut.

Mengikut kontrak, Rodgers sepatutnya kekal di Leicester sehingga Jun 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast