KUALA LUMPUR – Sindiket samun Geng Yoges yang menjadikan warga asing di sekitar daerah Kuala Langat sebagai mangsa berjaya akhirnya berjaya ditumpaskan polis.

Hasil kejayaan tersebut menyaksikan dua lelaki warga tempatan yang disyaki dalang Geng Yoges dan terlibat jenayah tersebut ak dicekup.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, segaanya bermula pada 27 Ogos lalu apabila pihaknya didatangi seorang lelaki warga asing berusia 32 tahun yang mengadu disamun.

“Pengadu yang merupakan seorang pekerja buruh mendakwa beg silang miliknya telah disamun oleh dua lelaki bangsa tidak pasti sambil memegang sebilah pisau semasa berada di Jalan Emas 2 Bandar Sungai Emas di Banting.

“Barang yang hilang berupa seunit telefon bimbit jenis Vivo Y51, seunit telefon bimbit jenis Nokia 3110, kad CIDB, kad vaksin, salinan passport dan wang tunai sebanyak RM700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat tersebut, katanya, sepasukan polis dari Ibupejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Balai Polis Banting berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan di sekitar Banting.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek pertama, pada petang 30 Ogos  polis melaksanakan serbuan kedua di sekitar Banting dan berjaya memberkas rakan sejenayah iaitu seorang lelaki warga tempatan.

“Pemeriksaan lanjut polis juga berjaya menemui sejumlah barangan dan wang tunai disyaki hasil daripada kegiatan samun di sekitar kawasan Kuala Langat.

“Antara barangan yang dirampas adalah enam unit telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai sebanyak RM640  selain sebilah parang, sebilah pisau, sebuah topi keledar, sebuah motorsikal dan sebatang anak kunci syaki digunakan semasa kejadian samun itu berlaku,” ujar beliau.

Kedua-dua suspek yang berusia berumur 31 tahun dan 46 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes kesalahan jenayah dan narkotik juga didapati aktif menyamun warga asing sejak tiga bulan yang lalu.

Menurut beliau, tangkapan dua suspek Geng Yoges itu juga berjaya membantu polis menyelesaikan empat kes samun di kawasan Kuala Langat.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan bersenjata yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebatan jika disabit kesalahan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast