Lillian Siyunyi. Foto Twitter

LUSAKA – Ketua Pendakwa Zambia mendakwa nyawanya dalam bahaya selepas kerajaan menarik balik semua kemudahan keselamatannya.

Penarikan balik itu dibuat selepas berlaku pertikaian antara Lillian Siyunyi, yang dilantik oleh kerajaan terdahulu dengan pentadbiran baharu dan amalan profesionalnya telah menjadi subjek aduan kepada Suruhanjaya Aduan Kehakiman (JCC).

Lillian enggan enggan menghadap JCC dengan alasan sumpah kerahsiaannya dalam perlembagaan perlu dimansuhkan terlebih dahulu oleh Presiden Hakainde Hichilema.

Sebagai salah seorang pemegang jawatan perlembagaan tertinggi di Zambia, Pengarah Pendakwaan Awam mengangkat sumpah rahsia.

Lillian memberitahu BBC bahawa presiden dan peguam negara telah menolak permintaannya namun JCC telah meneruskan pendengaran aduan terhadapnya.

Jelasnya, jika dia menjawab mana-mana pertuduhan terhadapnya sebelum pembatalan sumpah rahsianya, dia akan melanggar perlembagaan dan melakukan jenayah.

“Saya terpaksa melarikan diri dari rumah lebih daripada tiga kali” selepas ancaman daripada ‘petugas’ yang dikenali.”

“Saya sama sekali tidak mengatakan bahawa saya berada di atas undang-undang tetapi mesti ada pematuhan sepenuhnya dengan peruntukan perlembagaan Zambia yang mesti kita semua pegang jika mahu menegakkan kedaulatan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia untuk semua,” katanya. – BBC