Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menziarahi mendiang bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu sebagai penghormatan terakhir di kediamannya di Taman Kaya Batu 3, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – “Apa yang kita warisi pada hari ini datang daripada pejuang-pejuang seperti Tun S.Samy Vellu yang telah banyak berjasa kepada pembangunan negara khususnya masyarakat India di negara ini.”

Itu reaksi Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di sini hari ini.

Beliau secara peribadi mengenali Samy sejak bapanya Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri ketiga sehingga dirinya menganggotai Kabinet bersama Samy.

“Satu kehilangan besar bagi saya, secara peribadi saya kenali Tun (Samy Vellu) masa arwah ayah saya jadi PM sehingga saya dalam Kabinet bersama.

“Saya percaya bahawa sumbangan Tun kepada negara dan parti MIC tak ternilai dan apa yang kita warisi hari ini datangnya daripada pejuang-pejuang seperti Tun Samy Vellu yang mana generasi hari ini tak perlu.. tak harus lupa sumbangannya kepada pembinaan negara dan bangsa.

“Lebih-lebih lagi sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama daripada saya kecil lagi melihat kepada mereka pemimpin-pemimpin generasi ketika itu tidak ada kekangan halangan, perbezaan warna kulit, agama yang merupakan nilai-nilai yang tidak boleh lita menilai dengan wang riggit dan perlu diwarisi generasi akan datang,” katanya.

Dalam rakaman takziah, beliau juga mengharapkan agar keluarga mendiang tabah berdepan ujian dan terus bersemangat menerima dugaan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast