Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan lebat diramal berlaku di
10 kawasan hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan-kawasan tersebut adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Agensi itu turut meramalkan tujuh daerah di Selangor akan mengalami angin kencang dan ribut petir pagi ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai dinasihatkan agar merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette