Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Aktiviti Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB) di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menjalinkan kerjasama dengan Richworks International Sdn Bhd bagi melahirkan usahawan jutawan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, selaras dengan aspirasi kementerian, aktiviti bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB) dilancarkan bagi menyokong usahawan mencapai jualan tahunan RM1 juta.

“Kita memilih untuk bekerjasama dengan Richworks ini kerana ianya tidak asing lagi. Semua tahu berapa ramai jutawan telah dilahirkan dengan bimbingan pengasasnya, Datuk Wira Azizan Osman ini.

“Jadi, ini adalah program berbentuk kejurulatihan dan mentor-mentee. Kita ingin lihat pencapaian pendapatan mereka dan keberhasilan kaedah yang dipandu oleh mentornya,” katanya dalam ucapan pelancaran di sini semalam.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap pada Majlis Pelancaran Aktiviti Bimbingan Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB) di Hotel Le Meridien, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2022.

Menurut Mahdzir, seramai 25 usahawan desa dalam sektor pembuatan, pertanian, pelancongan desa dan perkhidmatan terpilih selepas melalui pelbagai saringan.

Tambahnya, kesemua mereka akan didedahkan mengenai pemasaran, pematuhan, operasi kepimpinan, pembangunan perniagaan dan aktiviti

Sebagai rekod, program tersebut adalah salah satu daripada aktiviti sokongan keusahawanan yang dirancang di bawah Program Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0). – MalaysiaGazette