Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Kejohanan Liga Bola Sepak Masjid dan Surau Putrajaya 2022 di Padang Bola Sepek Presint 14, Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 24 SEPTEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sudah sedia menghadapi bencana banjir dengan menguruskannya dengan lebih berkesan bersandarkan kepada pengalaman lalu pada November ini.

Menterinya, Datuk Radzi Jidin berkata, selain itu pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang tidak pernah dinaiki air semasa musim tengkujuh sebelum ini.

“Kita menerapkan guru-guru sekolah bersama-sama dengan agensi lain bekerjasama memastikan persediaan rapi dibuat sebagai persiapan awal menghadapi bencana itu kali ini.

“Apa yang lebih penting adalah sekiranya terdapat keperluan untuk menggunakan sekolah sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir, maka kita akan segera membantu mangsa sebaik mungkin di lapangan.

“Kita tahu situasi kritikal semasa dilanda banjir yang mana para penduduk terpaksa dipindahkan maka perlu dipastikan fasiliti paling dekat dengan mereka untuk ditempatkan secara selamat,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Liga Bola Sepak Surau dan Masjid, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kementeriannya akan memastikan wujud kerjasama jitu dalam menguruskan banjir bagi memastikan perancangan berjalan lancar.

Sementara itu, Radzi berkata, perbincangan dengan agensi pengurusan bencana banjir perlu dilakukan untuk memilih sekolah yang boleh dijadikan PPS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast