Syed Ibrahim menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada para mahasiswa di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan hari ini.

KUANTAN – Sebanyak RM2.83 juta diperuntuk kerajaan Pahang kepada 14,168 penuntut anak negeri itu yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, melalui bantuan itu, setiap penuntut menerima RM200 menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022.

Bantuan tersebut disalurkan kepada daerah penerima memandangkan takwim cuti semester di universiti awam masih berjalan.

“Bantuan ini sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain membantu meringankan beban. Sebelum ini pada Julai lalu, kerajaan negeri pernah memberikan bantuan secara terus kepada penuntut Pahang yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Sabah yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya.

Sebelum itu, Syed Ibrahim menyampaikan sumbangan BPP kepada kumpulan pelajar itu.

Difahamkan kumpulan penerima terdiri daripada penuntut Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), University College of Yayasan Pahang (UCYP), Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC), Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) dan Kolej Yayasan Pahang AdvancedSkills (KYPAS).

Seramai 1,500 mahasiswa bagi daerah Kuantan di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan pada hari ini dan manakala sebahagian lagi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada kelmarin telah menerima sumbangan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast