Jangan cemas dan risau jika pesawat TUDM terbang rendah pada mulai hari ini hingga 10 Jun ini di ruang udara sekitar Lembah Klang khususnya di Putrajaya . - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya di Sabah dinasihatkan tidak cemas sekiranya melihat pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah.

Ia kerana TUDM akan melaksanakan Latihan Tactical Operation (Tacop) bagi siri 2/2022 bermula esok hingga 8 Oktober 2022.

Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, latihan berkenaan bertujuan menguji dan memastikan tahap kesiagaan anak kapal dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara.

“Sepanjang latihan itu dijalankan, pesawat-pesawat milik TUDM akan melaksanakan latihan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan sekitar Daerah Tawau, Lahad Datu, Kuala Penyu dan Wilayah Persekutuan Labuan di negeri tersebut,” kata kenyataan tersebut, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast