Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir pada Pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di Parlimen pukul 3.56 petang ini bagi pembentangan Bajet 2023.

Kemunculan mereka berdua mengesahkan pembentangan Bajet 2023 tetap diteruskan seperti dijadualkan biarpun terdapat spekulasi sejak semalam ia tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.

Ismail Sabri segak berbaju Melayu warna biru navy dan bersamping manakala Tengku Zafrul muncul dengan baju Melayu warna biru turquoise dan juga bersamping.

Tengku Zafrul turut dilihat memegang beg sampul hitam dengan tenunan perak yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2022.

Turut sama mengiringi mereka termasuk kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa yang juga berbaju Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hadir bagi Pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 OKTOBER 2022.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook dan Instagram malam tadi, Tengku Zafrul memberi bayangan pembentangan Bajet 2023 akan diteruskan dan bermula pukul 4 petang ini.

“Dengan kurang daripada 24 jam sebelum pembentangan #Bajet2023, debaran semakin memuncak. Seperti biasa sebelum pembentangan Bajet, Perdana Menteri akan hadir untuk meninjau persiapan saat-saat akhir di Kementerian Kewangan.

“Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan segala urusan #TeamMoF dan janganlah engkau persulitkan. Rabbi yassir wala tu’assir. Jangan lupa saksikan Pembentangan Bajet 2023 esok LIVE di saluran RTM,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Zafrul sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 akan berfokus kepada Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Perniagaan, Kemakmuran Ekonomi dan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan.

Ini kali ketiga Tengku Zafrul menjadi pembentang selepas membentangkan Bajet 2021 dan Bajet 2022. – MalaysiaGazette

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memegang beg yang berisi teks Pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 OKTOBER 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast