Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bercakap pada sidang media selepas Pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 akan mengulangi insiden yang berlaku pada 1999 jika Parlimen dibubarkan selepas ini yang mana Rang Undang-Undang tidak diluluskan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semua prosedur Bajet 2023 itu akan dirujuk kembali pada tahun tersebut kerana kerajaan pernah berdepan situasi sama sebelum ini.

“Soalan itu sepatutnya ditanya kepada Perdana Menteri namun ia pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1999 dan kita akan imbas balik pada tahun itu.

“Ketika itu bajet telah dibentang dan Parlimen dibubarkan selepas itu di mana bajet pada tahun 1999 dibentang semula,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau ditanya apa yang yang berlaku dengan Bajet 2023 sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2023 selepas Pembentangan Bajet 2023 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 07 OKTOBER 2022.

Bajet 2000 dibentangkan pada 29 Oktober 1999 dan Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999 dan PRU10 diadakan pada 29 November 1999.

Kemudian, bajet baharu yang serupa dengan yang dibentangkan pada Oktober 1999 telah dibentangkan semula pada 25 Februari 2000.

Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini pula adalah tiga minggu lebih awal berbanding yang dijadualkan sebelum ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul memberitahu, cadangan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dibincangkan tahun depan bergantung kepada keadaan ekonomi.

Beliau berkata, perkara itu tidak diumumkan dalam Bajet 2023 yang dibentangkan hari ini.

“Kita tidak mengumumkan GST dalam Bajet. GST akan dibincangkan dalam Kabinet, bergantung kepada ekonomi tahun depan.

“Jadi, pada tahun ini kita tidak membincangkannya dalam Bajet,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pandanglah ke negara-negara bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai majority migran expats berbilang kaum, bahasa, dan budaya agama tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi mereka. Abaikan politikus Pak Pandir kemaruk undi migran expats timah dan getah sehingga majority undi migran expats memiliki Singapore dan Penang termasuk majority tanah rizab Melayu kini hanya 12% jer.

Comments are closed.