Penguat kuasa Jabatan Perlesenan MBPP melakukan pemeriksaan kebersihana premis makanan di daerah Timur Laut semalam.

GEORGE TOWN – Penemuan najis tikus serta perangkap sisa minyak kotoran ke dalam longkang tidak diselenggara dengan baik.

Itu antara kesalahan dilakukan dua premis makanan di daerah Timur Laut di sini yang dikesan Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi Operasi Penguatkuasaan Premis Makanan semalam.

MBPP dalam satu berkata, antara kesalahan lain ialah premis berkenaan dikesan tidak mempunyai lesen establisymen makanan dan tiada lesen aktiviti hiburan.

Manakala pekerja di premis berkenaan pula didapati tidak mendapatkan suntikan anti tifoid.   

Najis tikus antara yang ditemui pihak berkuasa ketika melakukan operasi pemeriksaan kebersihan di sebuah premis makanan.


“Tiga kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti penemuan najis tikus dan perangkap minyak yang tidak diselenggara.

“Hanya sebuah premis makanan berkenaan diperintahkan penutupan sementara selama 14 hari sehingga 19 Oktober ini bagi kerja pembersihan,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah kenyataan itu, notis penutupan dilakukan mengikut Undang-undang Kecil (Establisymen Makanan) MBPP 1991.

“MBPP menasihati semua pengusaha makanan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak tindakan tegas penguatkuasaan,” jelasnya. – MalaysiaGazette