Susulan pembentangan Bajet 2023 sebentar tadi, kebanyakan orang ramai melahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat serius dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
Kebanyakan yang ditemui MalaysiaGazette hari ini mengakui tahu kekangan kewangan dihadapi kerajaan, namun mereka yakin slogan Keluarga Malaysia yang sering dilaungkan menjadi bukti kerajaan mendengar suara rakyat.