Kerajaan Persekutuan menerusi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di ibu negara, jam 4 petang ini.
Perkara itu disahkan sendiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sambil menunjukkan isyarat bagus dan melakar senyuman lebar kepada petugas media selepas menghadiri mesyuarat Kabinet, pada pagi ini.