Khalid Abdul Samad.- foto IQBAL BASRI, 16 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Pembubaran Parlimen yang diumumkan semalam membuktikan Pas tersilap langkah apabila membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO, sebelum ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan usaha Pas bersama UMNO yang hanya untuk menyelamatkan kedudukan parti itu ternyata tidak ubah seperti ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ apabila ditolak secara terang-terangan.

“Usaha Pas yang tidak pernah serik untuk terus bersama dengan UMNO terbukti kini umpama ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ apabila ditolak mentah-mentah oleh UMNO.

“Setelah Pas berjaya diperalatkan UMNO/BN, maka Pas dibuang seperti peribahasa Melayu, ‘habis madu, sepah dibuang’.

“Pas pasti sedar bahawa usaha untuk bersama UMNO sekarang adalah hanya untuk menyelamatkan kedudukan Pas yang sedang selesa berkuasa dan bukan atas nama kebenaran dan keadilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khalid mendakwa, jika pakatan kedua0dua parti politik itu menang sekalipun pada PTU tersebut, ia bakal menguatkan lagi kedudukan UMNO.

“Namun, apakan daya, kekuasaan itu sangat manis dan memabukkan bagi golongan lupa daratan seperti pimpinan Pas. Semakin jelas wajah mereka sebagai penjual agama,” ujarnya.

Sementara itu, Khalid mendakwa pembubaran Parlimen yang diumumkan semalam membuktikan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai boneka dan ia membuktikan negara ini dikuasai oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khalid yakin meskipun Ismail akan menjadi poster boy sebagai calon Perdana Menteri parti itu semasa tempoh berkempen, namun Zahid akan tetap menjadi penentu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

Comments are closed.