KUALA LUMPUR – Indeks jualan sektor pembuatan Malaysia pada bulan Ogos 2022 berjumlah RM157.4 bilion, naik sebanyak 24.4 peratus berbanding bulan sama tahun 2011.
Jabatan Perangkaan berkata, pertumbuhan ini dipacu oleh subsektor produk peralatan elektrik dan elektronik (25.8%), subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik (27.8%) dan subsektor produk makanan, minuman dan tembalau (18.4%).
Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan Ogos 2022 seramai 2,309,353 orang, bertambah 4.3% berbanding 2,213,715 orang pada tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan ini disumbangkan oleh peralatan elektrik dan elektronik (6.9%), produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (4.9%) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (3.2%).
Gaji dan upah yang dibayar adalah RM7,771.3 juta meningkat 7.5% berbanding bulan sama tahun sebelumnya.
Manakala nilai jualan setiap pekerja meningkat 19.3% kepada RM68,174 berbanding bulan sama tahun 2021.
Purata gaji dan upah setiap pekerja pula sebanyak RM3,365.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, nilai jualan sektor pembuatan melonjak 17.4% kepada RM1,164.7 bilion.
Pada masa sama, bilangan pekerja bertambah kepada 2.31 juta orang dengan gaji berkembang 5.3% kepada RM62.3 bilion.
Nilai jualan setiap pekerja merekodkan RM504,321 bagi tempoh sama dengan pertumbuhan 12.5% tahun ke tahun. – MalaysiaGazette