KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Ke-15 akan tetap berjalan seperti biasa walaupun beberapa negeri enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri-negeri terbabit berhak untuk membubarkan DUN mereka pada bila-bila masa.
Beliau mengulas tindakan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kedah, Terengganu dan Kelantan yang mengesahkan tidak akan membubarkan DUN masing-masing, sekali gus tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15.
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ditadbir oleh Pakatan Harapan manakala tiga lagi negeri lain dipimpin oleh Kerajaan Pas, membabitkan 245 DUN.
Setakat ini, Perlis, Pahang, Perak dan Wilayah Persekutuan akan mengadakan terlibat dalam PRU15.
Cuma, kata beliau, tindakan negeri-negeri terbabit akan menyusahkan rakyat kerana perlu keluar mengundi dua kali.
Selain itu, kerajaan juga akan menanggung kos yang tinggi apabila enam pilihan raya negeri akan diadakan kemudian. – MalaysiaGazette