Asyraf Wajdi dan Alias Ahmad berbincang isu pendidikan semasa bersarapan hari ini.

KUALA LUMPUR – Cadangan mengantikan buku teks dengan tablet mungkin akan dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika mendapat sambutan orang ramai.

Idea itu hasil perbicangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dengan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad hari ini.

Cadangan tersebut bagi mengatasi ialah isu beg sekolah yang berat dan membebankan lebih lima juta pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Sebenarnya, perkara ini sering dibincangkan di dalam Kementerian Pendidikan, namun kekangan utama lazimnya adalah berkisar tentang capaian internet khususnya di kawasan luar bandar.

“Namun, seperti yang kami bincangkan, fasa awal masih boleh dilakukan dengan menggunakan tablet ini sebagai pengganti buku teks sepenuhnya secara offline terlebih dahulu,” katanya.

Penggunaan tablet lebih efektif dalam menyelasikan isu tersebut dan ia selaras dengan kemajian teknologi terkini.

Katanya, table tersebut akan memuat-naik semua subjek dan matapelajaran dalam bentuk e-book.

Tambahan penggunaan tablet lebih tahan lama berbanding buku teks.

Menurut Asyraf Wajdi, sekiranya ada perubahan terhadap silibus atau subjek pembelajaran ia boleh ditukar di dalam bentuk aplikasi atau e-book yang telah tersedia di dalam peranti berkenaan.

Menurut Asyraf Wajid sejumlah RM4 bilon diperlukan bagi menjayakan cadangan tersebut.

“Sekiranya kita mengambil kira perbandingan harga Peranti Siswa dengan anggaran RM800 bagi sebuah tablet, dianggarkan sebanyak RM4 billion diperlukan untuk memastikan semua pelajar sekolah dapat menggunakan tablet bagi proses pembelajaran.

“Jumlah RM4 billion memang nampak besar namun jika dibahagikan kepada satu tempoh RMK (5 tahun), yakni RM800 juta setiap tahun boleh dijadikan sebahagian peruntukan bajet tahunan Kementerian Pendidikan yang bernilai sekitar RM55 billion setahun,” kata Asyraf Wajdi.

Justeru beliau meminta pandangan masyrakat berhubung cadangan itu sebelum disampaikan kepada pemimpin tertinggi BN untuk dimasukkan dalam manifesto yang bertemakan Kestabilan dan Kemakmuran.

Beg sekolah yang berat menjadi antara isu yang seringkali dibangkitkan oleh golongan pendidik dan ibu bapa.

Isu itu menjadi tumpuan selepas seorang guru Mohd Fadli Salleh dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan selepas membangkitannya dalam media sosial.-MalaysiaGazette