Maszlee Malik.- Foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Isu  melibatkan seorang guru Mohd Fadli Salleh yang dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik.

Pemimpin PKR itu berjanji sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) segala tindakan yang disifatkan sebagai zalim akan dihentikan.

Maszlee yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam mengingatkan pegawai KPM bahawa tidak ada siapa pun yang memegang kuasa selamanya.

“Saya harap Cikgu Fadli tabah dan bersabar menghadapi ujian. Insha-Allah jika PH kembali berkuasa, segala tindakan zalim ini akan dihentikan sepertimana yang kami lakukan sebelum ini.

“Kepada para pegawai KPM, saya gesa jangan menyalahgunakan kuasa anda, dan ingatlah bahawa dunia itu ibarat roda yang berputar, apa yang di bawah tidak selamanya di bawah, dan apa yang di atas tidak selamanya di atas,” kata Maszlee dalam kenyataan di Facebook.

Mohd. Zadli dalam media sosialnya berkongsi surat tindakan tataterbit yang dikenakan terhadapnya berikutan beberapa komen yang dilemparkan oleh guru terbabit di media sosial.

Dalam surat itu guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu bakal dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat.

Maszlee menyifatkan tindakan sebagai melampau dan membantah sekerasnya tindakan yang diambil ke atas guru tersebut.

“Sikap kritis beliau bukanlah sesuatu yang baru. Malah di zaman saya menerajui KPM sekalipun beliau memang terkenal dengan sikap kritisnya, namun itulah sebahagian dari suara hati para guru.

“Cikgu Fadli membawa suara para guru bawahan dan juga suara ibu bapa yang inginkan pendidikan terbaik buat para murid.

“Sebab itulah walaupun beliau lantang mengkritik di zaman saya, pendekatan yang saya gunakan ialah melakukan libat urus dan mendengar pandangan-pandangan beliau, walaupun bukan kesemuanya,” kata Maszlee yang mungkin akan mempertahankan Parlimen Simpang Renggam pada PRU15.

Beliau menyifatkan tindakan itu menunjukkan keadaan pendidikan negara sudah terlalu parah dan ‘Little Napoleon’ sudah menyalahgunakan kuasa.

Maszlee yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH terpaksa meletakkan jawatan tersebut pada 3 Januari 2020.

Beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan yang diadakan pada 2 Januari 2020.

Tindakan itu diambil kerana Maszlee menimbulkan banyak krisis kepada kepemimpinan PH terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah dan sarapan percuma.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. MAZLEE dan geng MUNAFIK…jgan tambah DOSA lagi….mana janji P katan H ancing P UNAH haraPAN. 22 BULAN hapuskan PTPTN PENDIDIKAN PERCUMA BEBAN TUGAS GURU..Longlai bila diSergah sekutu kamu DAPIGS dalam isu tulisan jawi di sekolah SERTA kuouta Bumiputra diIPTA dan mengawalselia YURAN GILA D IPTS2

Comments are closed.