Nurul Izzah (tengah) melancarkan Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di Wisma PKR negeri hari ini.

BAYAN BARU – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar menafikan wujud pakatan sulit antara parti itu dengan UMNO seperti dakwaan Bersatu.

Sebaliknya, Nurul Izzah menyifatkan dakwaan itu sebagai akhbar angin tidak sihat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, tumpuan mereka ketika ini untuk memperkukuhkan gabungan Pakatan Harapan (PH) selain mahu pengundi keluar seramai mungkin untuk memilih pemimpin yang beramanah serta bertanggungjawab pada PRU15.

Nurul Izzah.

“I’am sure (saya pasti) dakwaan itu khabar angin tidak sihat menjelang PRU. Tumpuan kita adalah untuk memperkukuhkan gabungan PH selain menumpukan jentera bukan saja diperingkat negeri Keadilan di Pulau Pinang tapi di Perlis serta Kedah untuk menghadapi musuh kita.

“Keadaan ini membuatkan kita sedih dan dilema kerana meletakan antara kita nak undi atau menyelamatkan diri.

“Jadi atas dasar itu bagaimana saya menyokong pihak yang jelas telah membawa kita dalam dilema dan bahaya ini khususnya presiden UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di Wisma PKR negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Nurul Izzah berkata, pihaknya kini sedang memperkukuhkan jentera melawan tiga musuh iaitu komponen parti dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kita nak tawarkan kepada pengundi dengan jelas antara madu dan racun.

“Selain sudah semestinya kita akan tawarkan pemimpin dengan gabungan PH dalam menghadapi PRU-15 ini,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast