LONDON – China didakwa memancing sebilang bekas juruterbang tentera British dengan ganjaran wang untuk berkongsi kepakaran mereka kepada tentera Beijing.
Sehingga ini, didakwa kira-kira 30 bekas juruterbang tentera UK telah melatih anggota tentera China, menurut laporan perisikan United Kingdom.
United Kingdom (UK) sudah mengeluarkan amaran kepada bekas juruterbang tentera supaya tidak bekerja untuk tentera China.
“Kami mengambil langkah tegas untuk menghentikan skim perekrutan China yang cuba memburu pegawai dan bekas juruterbang Angkatan Bersenjata UK untuk melatih kakitangan Tentera Pembebasan Rakyat di Republik Rakyat China.
“Semua kakitangan dan bekas kakitangan sudah pun tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi dan kami sedang menyemak penggunaan kontrak kerahsiaan dan perjanjian tidak mendedahkan di seluruh pertahanan, manakala Rang Undang-undang Keselamatan Negara yang baharu akan dilakukan untuk menangani cabaran keselamatan kontemporari – termasuk ini,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan.
Percubaan untuk memburu juruterbang sedang berjalan dan semakin meningkat baru-baru ini.
Jurucakap Kementerian Pertahanan (MoD) berkata, latihan dan pengambilan juruterbang tidak melanggar mana-mana undang-undang UK semasa tetapi pegawai di UK dan negara lain cuba menghalang aktiviti itu.
“Ia adalah pakej lumayan yang ditawarkan kepada orang ramai. Wang adalah pendorong yang kuat.
” Beberapa pakej dibayar sebanyak £237,911 (AS$270,000),” katanya.
Juruterbang British yang telah bersara digunakan untuk membantu bagaimana untuk memahami cara pesawat dan juruterbang Barat beroperasi, maklumat yang mungkin penting sekiranya berlaku sebarang konflik, seperti yang berlaku di Taiwan.
“Mereka adalah kumpulan orang yang sangat menarik untuk menyampaikan pengetahuan itu. Ia memerlukan juruterbang Barat yang berpengalaman hebat untuk membantu membangunkan taktik dan keupayaan tentera udara China,” menurut pegawai tentera.
UK mula-mula menyedari sebilangan kecil bekas juruterbang tentera direkrut pada 2019 yang ditangani berdasarkan kes demi kes.
Pandemik Covid-19 memperlahankan percubaan tersebut apabila perjalanan ke China disekat tetapi percubaan kini telah meningkat, lantas membawa kepada amaran ini.
“Kami telah melihat ia meningkat dengan ketara. Ia adalah isu yang berterusan. Kakitangan yang sedang berkhidmat sedang disasarkan tetapi tidak ada yang dianggap menerima,” ,” kata seorang pegawai tentera dalam taklimat kepada wartawan. ”
Juruterbang mempunyai pengalaman dalam jet dan helikopter pantas dan datang dari seluruh tentera dan bukan hanya Tentera Udara Diraja.
Mereka telah menerbangkan Typhoons, Jaguars, Harriers and Tornados.
Setakat ini juruterbang F-35 tidak terlibat walaupun China berminat dengan mereka.
Mereka merupakan beberapa juruterbang berusia lewat 50-an dan meninggalkan tentera suatu ketika dahulu.
Bukan sahaja tentera UK, juruterbang negara bersekutu lain juga telah menjadi sasaran. – Agensi