Lim Kit Siang rawatan
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Undi yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 merupakan satu bentuk undi untuk membolehkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Ke-10.

Pemimpin vateran DAP Lim Kit Siang dalam pesanan khas kepada pengundi berkata, undi itu juga merupakan undi bagi lapan lagi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Penyandang kerusi Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Anwar sebagai PM ke-10 bagi memastikan Malaysia menjadi negara bertaraf dunia.

“Saya ada pesanan khas kepada para pengundi di Malaysia malam ini. Apabila mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-15, mereka sebenarnya mengundi untuk lapan pilihan raya umum akan datang untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Untuk memulakan proses bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara majmuk bertaraf dunia yang hebat menjelang ulang tahun ke-100 negara, empat dekad dari sekarang, bukan menjadi sebuah negara kleptokratik yang rosak dan gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan DAP Kepong malam tadi.

Kit Siang berkata, proses untuk membina Malaysia adalah usaha yang memakan masa yang lama.

Proses itu menurut beliau tidak boleh dilakukan oleh Anwar sahaja tetapi perlu disambung oleh pemimpin lain.

“Proses untuk membina semula Malaysia adalah usaha yang memakan masa berdekad-dekad.

“Bukannya lima tahun dalam satu kitaran pilihan raya umum dan tidak akan dicapai oleh Anwar.

“Sebaliknya usaha ini mesti diteruskan oleh generasi baharu pemimpin Malaysia – tetapi bukan pemimpin Melayu, pemimpin Cina, Pemimpin India, pemimpin Kadazan atau pemimpin Iban yang tidak tahu apa itu erti untuk mengutamakan Malaysia,” kata Kit Siang.

Anwar dua hari lalu selain mengumumkan akan bertanding di Parlimen Tambun turut mengumumkan bahawa beliau adalah calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Hasrat beliau untuk mengantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada penggal PRU14 tidak kesampaian apabila Kerajaan PH tumbang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Betul tu…Malaysia akan terkenal diseluruh dunia mempunyai PM peliwat pertama di negara Islam…tapi yg lebih penting melantik Anwar sbg PM adalah satu2nya cara utk bebaskan kes rasuah anak dan menantu kamu spt yg dibuat oleh Tommy Thomas..simple

Comments are closed.