Penerbangan KE63 yang berlepas dari Lapangan Terbang Incheon, Seoul itu membawa 173 penumpang dan tiada kecederaan dilaporkan, kata syarikat penerbangan itu seperti dipetik agensi berita, Yonhap.
Menurut satu kenyataan, kemalangan berlaku ketika cuaca buruk.
Katanya, terdahulu pesawat tersebut cuba mendarat sebanyak dua kali dan pada percubaan ketiga jam 11.07 malam ia tersasar landasan. – MalaysiaGazette