KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat insiden pertengkaran mulut antara sekumpulan nelayan tempatan dan Coast Guard Singapore.
Insiden itu berlaku di perairan negara berhampiran sempadan di republik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuat ekoran aduan yang dibuat oleh wakil nelayan terlibat.
Sebelum itu, video insiden yang sama tular di media sosial.
Justeru, Rahmat menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya dibimbangi boleh menganggu kententeraman awam.- MalaysiaGazette